find out!!!

Jumaat, 6 Januari 2017

ALHAMDULILLAH 25/12/2016 BERJALAN DENGAN LANCAR

ASSALAMUALAIKUM

Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang, tepat pada 25/12/2016 majlis pertunangan saya telah pun berlangsung dengan jayanya. Terima kasih pada semua ahli keluarga yang terlibat dan doa dari keluarga dan kawan2 yang mengiringi pada majlis ini.Semoga hubungan ini terus kekal sehingg ke jinjang pelamin (amiiin).


Pada 25/12/2016 (christmas) hari tu saya telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati saya iaitu SITI NUR FARIZA BINTI MOHD RAZMAN. Majlis berlangsung selepas waktu zuhur, semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Majlis diadakan secara kecil kecilan sahaja hanya ahli keluarga terdekat dan jiran2 sahaja yang hadir. Hasil perbincangan kedua belah pihak keluarga semua setuju tempoh yang diberikan untuk melangsungkan majlis perkahwinan ialah 1 tahun setengah sehingga 2 tahun. Wang hantaran biarlah rahsia (bak kata Dato' CT).

Majlis berlangsung selama 2 jam setengah dan diiringi doa dari pihak keluarga perempuan bagi memberkati majlis ini. Selepas selesai perbincangan maka sesi menyarung cincin dan maka sah lah saya sudah menjadi tunangan orang. Lepas ni tak boleh gatal2 lagi (gurau je).

Sini saya ada sediakan gambar semasa majlis pertunangan saya dijalan kan. So, korang enjoylah tengok gambar2 ni semua. Simple sahaja nanti kahwin baru lah buat WEDDING OF THE YEAR (hahahah) berangan je lebih... ok lah itu sahaja yang update hari ni selepas 4 bulan tak update blog ini. Terima kasih pada yang sudi membaca blog ini. 






Ok bye2,

Selasa, 13 September 2016

PEREMPUAN, MAKEUP DAN SHOPPING

ASSALAMUALAIKUM...
Tajuk entri blog hari ni saja cari pasal dengan perempuan ni, takdelah sebenarnya abang hari ni nak cerita pasal gf abang ini dia memang kuat bersolek melaram semua lah bagi kat dia...(kuat mengamuk pun ya macam budak kecik) tapi ape pun abang tetap sayang.Ceritanya semalam lah cuma nak pergi makan je itupun dekat Aeon je, takdelah jauh sangat, itupun dia yang ajak nak makan seafood katanya, lepas tengok cerita running man makan seafood.
 Gf abang ni dia ada satu perangai kalau nak ajak dia keluar kau kena janji betul2 dengan dia dan konfirm kn pukul berapa nak pergi, barulah dia siap dengan cepat,. Klau tak mahu ber jam jam abang tunggu dia bersolek  dekat rumah dia..(huhuhu)...Nak tanya lah memang semua perempuan macam ni ke?,, Lagi satu kalau tunggu dia bersolek memang boleh buat gaduh punya,, dia jenis kalau dah bersolek lepastu ada je yang tak kena pada mata dia, dia akan padam balik semua make up dia lepastu tunggu lah dia bersolek balik,. Kadang2 boleh hilang kesabaran dengan dia ni, tapi dia ni jenis pandai memujuk abang,(hihihi)..
 Lagi satu kalau dia bershopping semua alat solek dia, bukan habis berpuluh puluh ringgit, tapi beratus ratus ringgit semua,. kadang2 pening gak abang bila memikirkannya,. Lepastu dia ni kalau ber shopping habis mesti beratus2 sebab dia ni jenis tak kisah pada harga, apa yang dia rasa dia nak beli dia beli je..asal, di mata dia nampak cantik sudah, kadang2 dia belanja tu semua pun bukan pakai duit  dia tapi duit family dia jugak,(biarlah asalkan dia bahagia). Satu yang abang tabik pada gf abang ni bila time dia gaji dia mesti tak lupa family dia, lagi2 mak dia mesti dia akan belikan mak dia bermacam2 lah, (tudung,handbag,kasut dll). 
Walaubagaimanpun dia abang tetap terima apa adanya dia, kurang lebihnya dia, susah senang tetap beersama. Dulu masa abang susah dia lah yang banyak tolong abang family dia pun banyak tolong abang. so, apa pun kekurangan dia abang akan terima seadanya(romantik pulak).
Pada hujung tahun ni INSYA ALLAH abang dengan dia akan bertunang selepas tiga tahun menyemai ikatan cinta(cehwah). Apa2 pun doakan abang dipermudahkan segalanya dan kekalkan hubungan kami ini hingga ke jannah,.
 ok lah itu saja yang abang nak update entri blog hari ni,. Bosan2 tadi takde kerja tu yang update blog,. Pada sayang soory abang ngumpat sayang dekat blog abang harini.. Tapi satu je abang mintak kalau sayang baca entri ni.. Janganlah solek tu lama2 sangat kalau nak keluar tu,. Abang terima apa adanya sayang tak kira cantik atayupun tak cantik..
MY LOVE 
sekian dari saya.. 
ASSALAMUALAIKUM DAN BUBBYE

 

Jumaat, 9 September 2016

Sakit Kepala

~Assalamualaikum.. ~
Rajin hari ni abang update blog.. Sebenarnya tengah tahan sakit kepala ni, tapi takpe tadi dah buat rawatan.. Ok nak tanya korang sekarang ni,  kalau sakit kepala ape ubat alternatif korang untuk legakan sakit kepala ni... Dulu abang selalu makan panadol actifast tu untuk legakan sakit kepala abang., memang berkesan, cepat je lega sakitnye..
Tapi doktor pesan kalau boleh jangan di amalkn..  Banyak buruk nya nanti..  Sekarang ni abang nak bagitahu cara2 untuk melegakan sakit kepala tanpa ubat ubatan semua tu..  Salah satunya ialah air batu , caranya mudah saja ambik air batu dan bungkuskan didalam kain lepastu tuamkn di atas kepala atau di tengkuk..  Mungkin sedikit sebanyak boleh mengurangkan sakit kepala itu...  Selain itu,  boleh guna cara lain seperti rendam kaki dengan air suam yang di campur garam,  selalunya cara ini abang guna berkesan lah... Ada juga orang kata , cara lain macam minum air suam diperahkan lemon dan tidur sekejap... Sebenarnya banyak lagi alternatif lain yang boleh dibuat tanpa menggunakan ubat2.. Cuma kita saja yang kena rajin ikhtiarkn segala penyakit yang datang kepada kita... Setiap penyakit itu mesti ada penawarnya..
Ok lah itu saja yang abang nak update hari ni... Pada abang2 dan kakak2 sekalian beh lah cuba cara2 untuk kurangkan sakit kepala tu di rumah ... Tak perlu lagi membazir duit untuk ke klinik membeli ubat2... Tapi kalau teruk sangat tu pergi lah juga ke klinik ye...  Ok lah abang nak tidur sebentar untuk mengurangkan sakit kepala abang ni..
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bubbye..

Selasa, 23 Ogos 2016

BLOG BARU

Assalamualaikum

salam sejahtera dari hati yang murni lagi suci..lahir dari jiwa yang tenang..angin meniup sepoi2 bahasa menunjukkan cuaca pada hari ini sungguh indah dan meruntun jiwa....
Pergh, mukaddimah aku hari ini terbaik siot...lepas ni boleh tulis novel ni...
al-maklumlah  sekarang ni buat novel terus orang adaptasi jadi drama...sampai tengok drama pun termimpi2 kan hero hensem...(padahal aku lagi hensem)..kah kah kah kah..gurau je..
jangan marah yer...BTW this my first blog I buat untuk sesuka hati je..boring2 layan blog pulak...
Itu saja pembukaan untuk hari ini..Nanti kalau boring2 boleh update lagi ye