find out!!!

Jumaat, 9 September 2016

Sakit Kepala

~Assalamualaikum.. ~
Rajin hari ni abang update blog.. Sebenarnya tengah tahan sakit kepala ni, tapi takpe tadi dah buat rawatan.. Ok nak tanya korang sekarang ni,  kalau sakit kepala ape ubat alternatif korang untuk legakan sakit kepala ni... Dulu abang selalu makan panadol actifast tu untuk legakan sakit kepala abang., memang berkesan, cepat je lega sakitnye..
Tapi doktor pesan kalau boleh jangan di amalkn..  Banyak buruk nya nanti..  Sekarang ni abang nak bagitahu cara2 untuk melegakan sakit kepala tanpa ubat ubatan semua tu..  Salah satunya ialah air batu , caranya mudah saja ambik air batu dan bungkuskan didalam kain lepastu tuamkn di atas kepala atau di tengkuk..  Mungkin sedikit sebanyak boleh mengurangkan sakit kepala itu...  Selain itu,  boleh guna cara lain seperti rendam kaki dengan air suam yang di campur garam,  selalunya cara ini abang guna berkesan lah... Ada juga orang kata , cara lain macam minum air suam diperahkan lemon dan tidur sekejap... Sebenarnya banyak lagi alternatif lain yang boleh dibuat tanpa menggunakan ubat2.. Cuma kita saja yang kena rajin ikhtiarkn segala penyakit yang datang kepada kita... Setiap penyakit itu mesti ada penawarnya..
Ok lah itu saja yang abang nak update hari ni... Pada abang2 dan kakak2 sekalian beh lah cuba cara2 untuk kurangkan sakit kepala tu di rumah ... Tak perlu lagi membazir duit untuk ke klinik membeli ubat2... Tapi kalau teruk sangat tu pergi lah juga ke klinik ye...  Ok lah abang nak tidur sebentar untuk mengurangkan sakit kepala abang ni..
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bubbye..

3 ulasan:

  1. Kadang2 kalau dah terlampau sakit ubat ubatan juga yang berkesan

    BalasPadam
  2. Kadang2 kalau dah terlampau sakit ubat ubatan juga yang berkesan

    BalasPadam
  3. first maybe sakit kepala faktor pekerjaan iaitu efeknya letih, badan lemah, lenguh, dan kebiasaannya akan dikaitkan dengan saraf yang agak stress. Ada juga dikaitkan dengan toksin dalam badan. kalau nak ambil alternatifnya, kene pilih vitaminlah yang lebih kepada natural bukan sintetik. kalau sintetik nanti efeknya jangka panjang.

    BalasPadam