find out!!!

Jumaat, 6 Januari 2017

ALHAMDULILLAH 25/12/2016 BERJALAN DENGAN LANCAR

ASSALAMUALAIKUM

Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang, tepat pada 25/12/2016 majlis pertunangan saya telah pun berlangsung dengan jayanya. Terima kasih pada semua ahli keluarga yang terlibat dan doa dari keluarga dan kawan2 yang mengiringi pada majlis ini.Semoga hubungan ini terus kekal sehingg ke jinjang pelamin (amiiin).


Pada 25/12/2016 (christmas) hari tu saya telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati saya iaitu SITI NUR FARIZA BINTI MOHD RAZMAN. Majlis berlangsung selepas waktu zuhur, semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. Majlis diadakan secara kecil kecilan sahaja hanya ahli keluarga terdekat dan jiran2 sahaja yang hadir. Hasil perbincangan kedua belah pihak keluarga semua setuju tempoh yang diberikan untuk melangsungkan majlis perkahwinan ialah 1 tahun setengah sehingga 2 tahun. Wang hantaran biarlah rahsia (bak kata Dato' CT).

Majlis berlangsung selama 2 jam setengah dan diiringi doa dari pihak keluarga perempuan bagi memberkati majlis ini. Selepas selesai perbincangan maka sesi menyarung cincin dan maka sah lah saya sudah menjadi tunangan orang. Lepas ni tak boleh gatal2 lagi (gurau je).

Sini saya ada sediakan gambar semasa majlis pertunangan saya dijalan kan. So, korang enjoylah tengok gambar2 ni semua. Simple sahaja nanti kahwin baru lah buat WEDDING OF THE YEAR (hahahah) berangan je lebih... ok lah itu sahaja yang update hari ni selepas 4 bulan tak update blog ini. Terima kasih pada yang sudi membaca blog ini. 






Ok bye2,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan